Monday, September 22, 2008

Hari Pertama : ALLAH

“Mengingat Allah adalah sahabat dekatku” –Nabi Muhammad saw

Allah adalah nama Tuhan yang paling terkenal. Nama ini disebut didalam Al-quran sebanyak 2698 kali. Allah sendirilah yang memberi nama ini kepada dirinya seperti yang tersebut dalam surah Taha:14, “sesungguhnya Aku adalah Allah, tiada Tuhan selain Aku, maka sembahlah Aku”. Allah adalah sumber segala kekuatan, Yang Maha Perkasa dan tidak pernah berkurang. Dia adalah pelindung bagi segala makhluknya dan tidak pernah terkecuali. “Allah adalah sebab bagi segala yang wujud dan Dia sama sekali tidak serupa dengan makhluknya” –Syeikh Tasun Bayrak al-Ierrahi-

Tanamkan dalam diri, Allah adalah sumber bagi segala sumber. Tidak ada sesuatu pun yang dapat menandinginya. Allah tidak pernah lalai, mengantuk ataupun tidur. Ketika hambaNya memerlukan bantuan, Dia segera memberikan bantuan. Apabila melangkah bersama Allah, pasti berjaya.

Sabda Nabi saw:
“peliharalah Allah, pasti Allah memeliharamu. Peliharalah Allah pasti kamu dapati Allah selalu dihadapan kamu. Apabila kamu meminta, mintalah kepada Allah. Apabila kamu memerlukan bantuan, mintalah bantuan kepada Allah. Ketahuilah, sesungguhnya apabila manusia bersatu bagi member bantuan kepadamu, mereka tidak mampu melainkan apa yang sudah ditetapkan Allah kepadamu. Dan apabila mereka bersatu bagi menjatuhkan kamu, mereka tidak mampu melainkan apa yang sudah Allah tetapkan untukmu. Mata pena diangkat dan lembaran sudah ditutup.” (HR Tarmizi)

“Kamilah pelindung kamu dalam kehidupan di dunia dan akhirat. Di dalamnya kamu mendapat apa yang kamu mahu dan mendapat pula apa yang kamu minta. Sesungguhnya org2 yang mengatakan Tuhan kami adalah Allah kemudian berpegang teguh pada pendirian itu, malaikat turun kepada mereka dan mengatakan, janganlah kamu takut dan janganlah kamu sedih…” Surah Fussilat :30-31

Di dalam diri kita ada sumber kekuatan yang hebat dan berupaya mengatasi semua bentuk halangan. Kekuatan yang datang daripada Tuhan ini membimbing kita supaya mencapai tujuan dan cita2. Oleh yang demikian, kitalah yang bertanggungjawab di atas realiti yang kita miliki. Apa yang kita fikir dan percaya memberi pengaruh yang kuat pada kehidupan kita.

“apabila kita fikir kita lelah, kita merasa lelah
Apabila kita fikir kita tidak berani, maka kita tidak berani
Apabila kita mahu menang tetapi berfikiran kita tidak mampu,
Kita hampir pasti kita tidak menang.
Apabila kita fikir kita kalah,
Maka kita sudah kalah.
Kerana di dunia luar kita mendapati
Kejayaan bermula dengan kemahuan seseorang
Semua itu ada di dalam fikiran.
Perjuangan hidup tidak selalunya mendatangi
Orang yang lebih kuat dan cepat.
Tetapi cepat atau lambatnya orang yang menang itu
Adalah orang yang berfikir dia mampu menang”
-Norman Vincent Peale - Bapa pemikiran positif-

“maka ingatlah Aku, pasti Aku mengingati kamu” - Surah Al-Baqarah: 152

TAJUK BUKU : Kecerdasan berasaskan AsmaulHusna
PENULIS : Sulaiman Alkumayi
MASA DIBACA: 12.30am

No comments: