Monday, January 12, 2009

Dari Lembah Cita-Cita

Buku prof.Dr Hamka..buku yang penuh terisi dan bahasa yang begitu sastera. Saya diperkenalkan buku ini oleh kak neza, seorang penulis novel semasa saya di tahun satu USM. Untuk menghadam buku yang hanya senipis 75 mukasurat ini juga mengambil masa hampir 2 minggu. Bukannya tak mampu nak menghadamnya, tapi otak perlu bekerja keras untuk memahami setiap patah perkataan yang digunakan memandangkan gaya bahasa HAMKA yang terlalu seni dan memberi makna yang amat dalam. Semasa membeli buku ini, saya terlupa bahawa saya pernah membacanya, apabila ditelusuri semula bait2 ayatnya baru saya teringat yang saya pernah menghadamnya satu ketika dulu.

HAMKA menulis risalah ini apabila ada dua orang pemuda datang kepadanya dan bertanya, “apakah sebab2 dan rahsianya maka bangsa Arab yang berpecah belah dan hidup di dalam gelap gelita “jahiliyah” itu dalam masa yang sedikit sekali, hanya 23 tahun telah dapat dibangkitkan oleh Nabi, menjadi bangsa yang besar dan kuat, yang gagah perkasa, dan membuat riwayat gilang gemilang di dalam dunia berabad2 lamanya sehingga tidak ada seorang pun ahli tarikh yang yang dapat memungkiri, bahawasanya perjalanan riwayat hidup manusia dan kemajuannya pada masa ini, umat islam ikut menegakkannya dan memasukkan modal kepadanya”.

Maka, HAMKA mengajar 2 orang pemuda ini berhari2, sehingga tamat mereka belajar mereka berhasrat mengumpulkan nota2 mereka dalam satu buku supaya dapat diedarkan kepada para pemuda khususnya yang mendapat didikan islam, maka terhasillah buku ini. Pemuda ..ya!!. peMUDA .. adalah orang yang sangat dikagumi oleh HAMKA. Mengapa pemuda? Kerana pemudalah Afrika Selatan bebas dari penjajahan Inggeris. Kerana pemudalah masyarakat Tiongkok berjaya membina bangsanya dari terus menjadi bahan hinaan bangsa kulit putih. Kerana pemudalah Indonesia berjaya dibebaskan dari jajahan Belanda. Sukarno telah terang2 berkata, “Berikan kepadaku 1ooo orang tua, aku sanggup mencabut Semeru dari uratnya. Tapi berikan kepadaku 1o orang pemuda, aku sanggup menggoncangkan dunia”.

Di dalam buku ini HAMKA menjelaskan bahawa kekuatan pemuda bermula dengan akidah tauhid, kerana kalimah tauhidlah yang mula2 sekali dibawa oleh Rasulullah saw. Kemunduran Negara tidak akan terjadi kalau tidak kemunduran budi dan kekusutan jiwa. Bangsa yang hendak tegak haruslah mempunyai pendirian. Apabila akidah tauhid telah berjaya dipahat dalam jiwa, maka pendirian yang teguh dapat dibina. Hanya dengan tauhid itulah Bani Insan data meleaskan diri daripada belenggu yang terikat dileher. Hanya dengan tauhid itulah nikmatnya berani menentang dunia untuk masalah dunia. Umat tauhid mempunyai cita2 yang besar sekali, iatu berbakti dan berkhidmat, beriman dan beramal baik. Sebab ia datang ke dunia hanya satu kali.

Kemudian, diajarkan pula ibadah solat kerana solat ini membina keyakinan bahawa Allah Maha Besar. Hanya kepada Allah lah bergantung segala sesuatu. Apabila pengaruh Allahu Akbar telah subur dalam jiwa, mereka akan sanggup untuk berbuat apa sahaja termasuk berhijrah. Ternyata bahwasanya jiwa hidup manusia ini mempunyai pertalian. Pangkal tali ialah pada dirinya. Tali itu bercabang dua. Cabang yang pertama menghadap ke langit iaitu kepada Tuhan. Cabang yang kedua kepada Bumi iaitu kepada masyarakat. Sebab itu syariat islam pun menjaga pertalian kedua2 pertalian ini. Solat adalah perhubungan dengan Allah. Manakala susunan saf dalam solat berjamaah dapat menjaga persahabatan sesama manusia yang bertali dengan Allah. Tak kira tua atau muda, kaya atau miskin semua sama pada pandangan Allah, yang membezakan hanyalah takwa. Solat dan zakat tidak dapat dipisahkan seperti yang banyak terdapat di dalam alquran. Zakat adalah bukti persatuan masyarakat dan budi Negara yang tidak ada taranya.

Kemudian, rukun yang kelima yang menjadi dasar kemerdekaan jiwa adalah dengan menerangkan keyakinan keada Allah, kepada Mlaikat, Kitab2, para Rasul, Hari qiamat, serta qada’ dan qadar. Berjuanglah di dalam dunia memerangi kehendak kejahatan. Berjuanglah di dalam jiwa sampai baik juga yang dapat ditegakkan di dalam hidup. Dan setelah mati insaflah kita bahawa dua perkara yang kita hadapi, iatu pembicaraan orang yang hidup untuk diri kita, dan perhitungan dosa pahala di akhirat yang kita hadapi.

HAMKA berkata:
“Kita berusaha dan kita berikhtiar, tetai di balik usaha dan ikhtiar itu ada lagi garis ghaib yang tidak diketahui, yang hanya terpegang di tangan Tuhan sendiri. pEngharapan kita hanyalah, moga2 bersetuju yang kita usahakan dan kita ikhtiarkan kehendak Yang Maha Kuasa itu. Yang perlu adalah keteguhan jiwa kita dan iman yang penuh kepadaNya, bahawa hati kita yang jujur dan usaha kita yang tidak melanggar kemahuan keadilanNya, tidaklah akan dikecewakanNya dan jika sekali-sekali bertemu dengan kecewa, hati kita tidak akan patah, tidak putus asa dan tidak kehilangan pedoman, kerana pendirian telah ada, iaitu keberanian hidup. Di mana akan bertemu kerugian kalau bukan pada orang yang berani berniaga? Siapa yang pernah jatuh ke bawah kalau bukan orang yang pernah memanjat?.

Dengan hati2 dan tidak melupakan Tuhan, kita hayunkan langkah ke muka, sekali-sekala kita akan gagal kerana baru sekali jalan itu kita tempuh. Gagal itu adalah tanda hidup, lalu kita atur langkah yang baru, kita mohon pula taufikNya, iaitu persetujuan cita2 kita dengan kehendak Allah swt. Dan kita pun melangkah dengan hati2 daripada yang dahulu”.

HAMKA juga menekankan tentang ilmu, bahawa dengan ilmu manusia akan maju, manusia akan mempu menaklukkan dunia tetapi dengan garis panduan yang telah Allah tetapkan. Ilmu manusia memang telah maju, tetapi kita jangan silap. Ilmu itu tidak lebih tidak kurang, hanya mengetahui sesuatu yang belum diketahui sebelumnya. Ilmu tidak sanggu menciptakan sesuatu yang tidak ada, ilmu hanya membongkar rahsia alam yang masih tersembunyi.

“kalau hendak bercita2, jangan yang rendah. Tapi tinggikanlah sampai ke bintang di langit” Syair Arab.

“tegaklah pada pendirianmu di dalam hidup ini dan berjuanglah. Sesungguhnya penghidupan itu ialah pendirian dan perjuangan. Buat apa kita diberi Allah swt akal dan fikiran? Supaya kehidupan kita berbeza dengan makhluk yang lain. Sebab itu tiap2 fikiran bertambah, tiap2 mata menyala. Pandanglah alam ini dengan pandangan sendiri. Jangan dibiarkan segala sesuatu lalu di hadapanmu dengan selalu-lalunya saja tetapi pertalikanlah dengan dirimu. Kerana segenap alam ini bertali sentiasa dengan manusia”

“jangan lekas melihat orang yang melawan supaya himmahmu jangan patah, bahkan perhatikan terlebih dahulu orang yang akan menjadi tenteramu, supaya kemahuanmu tegak. Dan harapkan perlindungan daripada Tuhan”

Apabila kesemua ciri2 ini telah ada, maka kekuatan dapat dibina, dan kita mampu berjaya dengan berkat pertolongan daripada Allah Yang Maha Kuasa. InsyaAllah.
Tajuk Buku: Dari Lembah Cita-Cita
Karangan: prof.dr.HAMKA

Buku ku

Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha penyayang


Kehidupan manusia tak pernah lari dari kesibukan dan kepenatan. Begitu juga yang saya alami. Kerja semakin bertambah, selepas satu, satu lagi datang. Jurnal2 di lab melambai-lambai minta dibaca.. Buku2 di rumah memanggil2 minta dihadam. Tak tau mana satu perlu dibaca dahulu. Bukan satu buku, tapi 4 buku setebal lebih kurang 8oo mukasurat perlu untuk dihadam. Balik dari lab dah letih, hanya mampu membaca beberapa mukasurat. Terasa sangat bersalah pada buku2 ni, dah beli, tapi xberdaya menyempatkan diri untuk membacanya. Semoga Allah beri kekuatan dan kesempatan untuk saya menghadam buku2 ni.

Buku yang mula2 saya beli adalah buku “pesan Maha Kasih Dalam Kisah”, karangan H. Zainal Ariffin MA H abu Ezzat Al-Mubarak MA, saduran dari Kitab Tafsir Sya’rawi. Buku ni di beli di Book Garden USM. Time ni takde duit nak beli, ada satu je buku ni.. suruh kak sakinah (cashier] jagakan dulu, takut2 ada orang nk beli. Buku ni berharga RM65 kalau tak silap. Ia Menceritakan tentang kisah2 yang tersebut di dalam al-quran seperti kisah kaum musa, kisah penciptaan adam, kisah orang yahudi dan nasrani dan banyak lagi. Buku ini juga banyak menjelaskan tentang tafsiran daripada cerita yang Allah kisahkan di dalam Al-quran.

Kemudian, saya membeli buku “Kecerdasan berasaskan AsmaulHusna” hasil tulisan Sulaiman Al-Kumayi. Penulis berasal dariada Indonesia, memiliki Ijazah Sarjana dari IAIN, Indonesia. Buku ini terletak indah di atas rak Kedai Buku popular Bukit Jambul, maka saya mengambil keputusan untuk melamar buku ini bagi tatapan dan bacaan saya. Alhamdulillah, tidak sia2 buku ini dilamar kerana isi kandungannya sangat menarik, bahasanya begitu indah dengan tafsiran yang mudah difahami. Penulis menjelaskan maknanya beserta cerita dan iktibar untuk kita mensebatikan nama2 Allah Yang Maha Agung dalam diri kita sebagai hambaNya.

Sepurnama telah berlalu… Buku “Revolusi IQ, EQ, dan SQ” akhirnya menjadi milik saya setelah ia hampir2 dilamar orang. Buku ini saya reserved untuk sementara di atas rak almari bercermin sebelah cashier memandangkan waktu ini saya belum bergaji. Jadi, ia menjadi tatapan umum, dan telah menarik minat ramai pelanggan. tapi, mereka hanya berputih mata memandangkan buku ini telah menjadi kepunyaan saya. Penulis buku ini, Taufik pasiak merupakan seorang pensyarah dalam bidang Anatomi dan Agama Islam di beberapa Akademi pengajian di Manado, Indonesia. Beliau telah dilantik menjadi presiden Yayasan Avicenna iaitu yayasan yang aktif menjalankan latihan dan rundingan di seluruh Manado. Buku ini membongkar rahsia kecerdasan para saintis, pemimin, dan orang biasa. Ia juga menjelaskan dengan terperinci mengenai proses minda manusia bekerja dan bagaimana emosi dan spiritualiti menempatkan diri dalam struktur minda. Selain itu, ia menjelaskan persoalan mengapa fikir, zikir, ilmu, dan nazar dikatakan sebagai medan semantic minda manusia. Dengan izin Allah, buku ini dapat dimanfaatkan untuk mencipta perubahan dalam cara kita berfikir.

Kemudian, saya membeli buku “AL-WAFI, Syarah Hadis 4o, IMAM NAWAWI” yang ditulis oleh DR.Mustafa Al-Bugho dan Muhyiddin Misto. Buku ini telah diterjemahkan oleh Ahmad Khairi Al-Latifi dan Noraine Abu. Ini adalah buku pertama saya tentang hadis, dan kali pertama saya membacanya dengan buku saya sendiri. Alhamdulillah.


Dalam proses penghadaman buku2 ini, saya perlu bergilir2 membacanya setiap malam satu bab. Adakalanya, saya terpaksa skip membaca bila mana mata semakin berat, badan meminta-minta agar direhatkan, ditambah pula comforter yang melambai semakin hampir. InsyaAllah saya akan menulis semula apa yang saya faham daripada isi buku ini bab demi bab. Semoga para penziarah dan pembaca blog ini dapat sama2 mengambil manfaatnya. InsyaAllah.