Tuesday, February 10, 2009

eksperimen hidup






eksperimen...




eksperimen...




bagaimana seharusnya saya merekabentuk sebuah eksperimen yang akhirnya berjaya untuk menghasilkan Highly unsaturated Fatty Acid (HUFA] dalam yeast?




bagaimana seharusnya saya merekabentuk sebuah eksperimen yang membolehkan yeast dihasilkan dalam jumlah yang banyak dan dalam masa yang sama menghasilkan banyak HUFA?




Mengapa yeast gagal ditumbuhkan dalam bioreactor sedangkan dia mampu hidup dengan baik di dalam shaken flask?




adakah sebab medium yang digunakan adalah medium minimal?




adakah disebabkan oleh kesan pengudaraan yang lebih tinggi di dalam bioreactor?




adakah disebabkan oleh kadar pengadukan yang terlalu tinggi?




adakah....?




adakah....?




terlalu banyak persoalan dalam menghasilkan sebuah eksperimen yang baik..




terlalu banyak eksperimen yang perlu dibuat untuk menghasilkan sebuah keputusan yang baik..




terlalu banyak keputusan yang perlu dipilih di sekian banyak pilihan untuk memilih yang terbaik..




dan pilihan itulah yang menentukan sebuah kehidupan..




itu soal yeast..tp tiada bezanya juga dengan kita, sama2 makhluk Tuhan.






hidup adalah sebuah eksperimen..




sekali gagal..kita perlu mencuba lagi..




bukan hanya sekali.. tetapi berkali2..




seringkali juga kita mengeluh..kita kecewa..



dan adakalanya kita berputus asa dengan rahmat Tuhan..



" .....janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya yang berputus asa dgn rahmat Allah hanyalah org2 yang kafir" (QS 12:87]





Joseph Campbell pernah berkata:



"hanya dengan turun ke jurang derita

kita dapat pungut semula permata hidup

di mana kau tersadung jatuh

di situlah terletaknya permata kesayanganmu

gua yang kau takut memasukinya

rupa2nya adalah tempat wujudnya apa yg kau cari itu"




hidup ini seperti anak tangga

untuk naik ke atas kita perlu membetulkan anak tangga yang kita pijak

apabila kita berjaya melepasi anak tangga tersebut

bermakna kita melangkah ke tahap yang lebih tinggi

yang pasti, Allah berikan kita ujian bukan untuk dielak tetapi untuk dihadapi dan diselesaikan.


jangan berputus asa dengan eksperimen yang berulang kali
kerana eksperimen itu menentukan sebuah kehidupan yang lebih baik
pilihan ada di tangan kita untuk mencorak kehidupan yang kita impikan
namun, segala ketentuan itu berada di tangan Allah.



bersabarlah wahai hati..

Allah Maha Adil

Dia Maha Mengetahui segala yang terbaik untuk hambaNya

Tabahlah wahai jiwa..

Allah tahu kau mampu menghadapinya..


















UKHWAH




My lovely friendS..

long long time ago..

we meet..

we smile..

we talk..

we eat..

we walk..


n' we become a good friends

even we didn't know everything each other..


n' our friendship like a bulk of roses..


we share..

we lough..

we cry..

we do everything together..


n' now..

we have our own desire...

we have our own life..

and we separate to achieve our own dreams..


dear friends..

may our dreams will come true..

may Allah bring us in HIS path..

uhibbukunna fillah




Arrahman dan Arrahim “yang Maha Pengasih Yang Maha Penyayang

“Ehre Gott und Liebe die menschen – hormati TUHAN dan cintai sesama manusia (Sulaiman Alkumayi*

Ar-Rahman dan Ar-Rahim bermaksud Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Kedua2 nama Allah ini berasal daripada perkataan arrahmah. Dalam sebuah hadis Qudsi, Allah berkata, “Aku adalah Ar-Rahman, Aku ciptakan rahim, Aku ambilkan untuknya nama yang berakar umbi daripada namaKu. Siapa yang menyambungnya silaturrahim, Aku sambung rahmatKu baginya dan siapa yang memutuskannya, Aku bagikan rahmatKu untuknya”.

Menurut ahli bahasa Ibnu faris, semua kata yang terdiri daripada ra, ha, mim mengandungi makna lemah lembut, kasih sayang dan kehalusan. Hubungan silaturrahim adalah hubungan kasih sayang. Rahim adalah peranakan atauun kandungan yang melahirkan kasih sayang. Menurut pendaat ara ahli sufi, Ar-Rahman adalah Tuhan selama Dia menunjukkan belas kasihan pada setiap perkara.

Qunawi menggambarkan rahmat Allah yang terbias daripada namaNya,
“ Tuhan digelar yang Maha Pengasih selagi Dia menebarkan kewujudanNya yang tidak terbatas pada segala sesuatu yang wujud melalui kewujudanNya. Ini kerana belas kasihan adalah wujud itu sendiri dan ‘Yang Maha Pengasih’ itu adalah nyata selagi wujud segala sesuatu yang terbentang melalui DIA.”

Nabi saw bersabda, “Pada hari Tuhan menciptakan rahmatNya, Dia menciptakannya sebanyak 100 rahmat dan menyimpan 99 bagi diriNya sendiri. Kepada semua makhlukNya, DIA hanya memberikan satu rahmat sahaja.” Tambah Nabi lagi, “Tuhan menciptakan 100 belas kasihan pada hari DIA menciptakan langit dan bumi. Setiap belas kasih itu mengisi tempat antara langit dan bumi. Di antaranya DIA menempatkan satu belas kasih di bumi, lalu seorang ibu cenderung kepada anaknya, dan burung2 serta haiwan2 cenderung antara satu sama lainnya. Semasa hari kebangkitan tiba, DIA melengkapi semua belas kasihan itu dengan belas kasihan yang satu ini.”

Demikianlah luasnya rahmat Allah. Oleh itu sempurnakanlah sangkaan baik kita kepada Allah dan bersandar sepenuhnya kepadaNya, sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah dalam surah Az-Zumar ayat 53, “sesungguhnya Allah mengampuni dosa2 semuanya.” Gembirakanlah hati dengan harapan pada rahmat Allah kerana kita tidak tercipta sebagai makhluk sekiranya rahmat tidak meliputi kita. setiap ciptaan adalah penerima rahmatNya sebagaimana yang tesebut dalam surah Al-A’raf ayat 156 yang bermaksud, “…rahmatKu meliputi segala2nya…”
Vitamin Jiwa

Kita pastinya tidak pernah terlepas dari bersarapan pagi kerana kita tahu betapa pentingnya bersarapan bagi pembinaan tenaga sepanjang hari. Kita berikan makanan untuk pembinaan jasmani, tapi apa yang kita berikan untuk makanan rohani? Mengapa kita tidak mengambil Cuma 5 minit bersama Ar-Rahman dan Ar-Rahim sebagai sarapan bagi jiwa? Tanya hati nurani, apakah nikmat yang telah kita terima semalam? Kita dapat anugerah sebagai pelajar terbaik.. Kenderaan kita selamat dari dicuri, kita dapat menyelesaikan pekerjaan dengan baik.. Pernahkah kita merasakan semua itu adalah disebabkan kasih Allah pada kita?

Mari kita bina hati, jiwa, batin. Fikiran, dan wawasan sebelum bertolak ke tempat kerja. Sudahkah ia diisi dengan rasa kasih? Jika sudah, pergilah dengan rasa kasih, hilangkan segala sifat yang bertentangan dengan rasa kasih dari dalam jiwa. Jika belum, pejamkan mata, tarik nafas dalam2, dan hembuskan rasa benci dan permusuhan daripada dalam diri, lakukan berulang-ulang. insyaAllah kita mampu membuangnya.

Tanamkan dalam jiwa, di mana kita berada, di situ ada Tuhan. Orang yang mengikatkan dirinya hanya kepada Allah, Ar-Rahman dan Ar-Rahim, sedetik pun dia tidak pernah memperlihatkan perasan benci. Setiap kata2nya mengeluarkan kata2 kasih. Setiap tatapan matanya memancarkan rasa kasih. Gerakan kaki dan tangannya menolong atas dasar kasih kerana hanya itu yang kana membuatkannya bahagia. Seperti kata2 Rachel Varnhagen, “saya selalu banyak member, maka saya rasa lebih bahagia daripada suka.”

Apabila mencontohi Ar-Rahman dan Ar-Rahim, bermakna kita berusaha meniru segala sesuatu yang terkandung dalam makna nama itu, kemudian menerapkannya dalam kehidupan seharian. Kita perlu sedar, tugas kita dibumi ini adalah menyebarkan vitamin kasih sayang ini kepada sesiapa pun tanpa memandang perbezaan ras, agama, suku bangsa, parti politik dan sebagainya. Bahkan kasih itu tidak hanya terbatas sesame manusiatetapi juga kepada binatang, tumbuhan dan alam sekitar yang mengelilingi kita. Dalam sebuah hadis nabi berpesan, “org2 yg bersifat kasih, mereka dikasihi oleh Tuhan Yang Maha Pengasih. Hendaklah kamu semua mengasihi makhluk yang ada di bumi, dengan itu makhluk dilangit pasti mengasihi kamu.”

Presiden Amerika, Calvin Collidge menyatakan, “tidak seorang pun yang pernah diberikan penghormatan pada yang diterimanya. Penghormatan diberikan sebagai balasan pada apa yang diberikannya.” John Maxwell menambah, “ Memberi adalah tahap makna kehidupan tertinggi.”

Ulangilah ayat ini beberapa kali, ingatilah ke mana sahaja destinasi yang kita tujui:

Tuhan, jadikanlah aku alat kasihMu
Dimana ada benci, biarkan aku menebarkan cinta
Di mana ada hati2 terluka, biarkan aku menjadi penghibur
Di mana ada keraguan, biarkan aku menebarkan keyakinan
Di mana ada putus asa, biarkan aku menebarkan harapan
Di mana ada kesedihan, biarkan aku berkongsi bahagia
Di mana ada kegelapan, biarkan aku memberi cahaya.

Rumi di dalam Fihi ma Fihi mengingatkan:

Demikianlah, walaupun balasan bagi kebaikan dan kejahatanyang dijanjikan Tuhan hanya tiba pada Hari Kebangkitan, pasti muncul juga suatu keadaan yang mewakili balasan itu. Apabila manusia bergembira di dalam hatinya, hal itu adalah balasan disebabkan dia membuat orang lain bahagia. Apabila dia bersedih, hal itu adalah balasan disebabkan dia membuat orang lain sedih. Terdapat suatu bentuk basalan sebagai perumpamaan bagi Hari Kebangkitan. Hal ini supaya orang dapat memahami yang banyak dari yang sedikit.

Berdoalah kepada Allah,

“Tuhanku Ya Rahman, yang Maha Mencurahkan Rahmat kasih sayang kepada segala yang wujud,
Wahai Tuhan yang mencakupi segala sesuatu dengan rahmat dan pengetahuan..
rahmatMu kelihatan pada setiap butir kewujudan di alam semesta ini..
kami tidak melihat walau sekelumit..
Ya Allah, kami membaca tanda2 rahmatMu yang menjadikan kami tertarik menuju ke sisiMu
Serta menenangkan hati kami dengan keluasan kasih sayangMu.
Oleh itu Ya Allah, perlihatkanlah pada mata hati kami,
cahaya keadilanMu serta keagungan anugerahMu.. Wahai Ar-Rahman
Wahai Allah yang mencurahkan kasih..
Maha Suci Engkau yang telah mencampakkan rasa cinta dalam hati2 kami,
Kau pandulah hati2 kami untuk menggunakan rasa cinta itu pada jalan yang Engkau redhai,
Dan jangan Kau biarkan perasaan itu merosakkan hati dan jiwa2 kami,
Wahai Tuhan, sempurnakanlah cahaya kami dan ampunilah dosa kami
Sesungguhnya Engkau berkuasa atas segala sesuatu”

perjalanan hidup Hassan AlBanna


Hassan AlBanna.. perjalanan yang tak berkesudahan

Beliau adalah Hassan Ahmad Abdul Rahman Al-Banna, dilahirkan di Mahmudiyyah, satu penempatan di negeri Buhaira di Delta Nil pada hari Ahad 25 Syaaban 1324 H bersamaan 14 oktober 1906 M. Beliau berketurunan daripada keluarga kebanyakan yang sederhana daripada penduduk asal Mesir yang mengusahakan pertanian di salah satu desa Delta iaitu Kampung Syamsirah.

Datuknya merupakan seorang petani, dan kesemua anak-anaknya terlibat dalam perusahaan pertanian kecil2an, kecuali anaknya yang bongsu, syeikh Ahmad yang juga bapa Hassan Albanna. Syeikh Ahmad telah menuntut ilmu di Kuttab, menghafal al-quran, dan mempelajari hukum2 tajwid. Kemudian, beliau belajar di Jami’ Basya Ibrahim di Iskandariah. Semasa menuntut di situ, beliau memahirkan diri di sebuah kedai jam yang paling besar sehingga beliau betul2 mahir membaiki jam.

Seperti pepatah melayu mengatakan, “mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi”, “bapa borek, anak rintik”. Inilah yang kita lihat dalam generasi yang dilahirkan oleh Syeikh Ahmad. Hassan Al-Banna mewarisi segala cirri-ciri keilmuan, kemahiran, dan akhlak yang dimiliki oleh bapanya. Hassan Al-Banna memulakan pengajiannya di Institusi Tahfizul Quran di Mahmudiyyah. Dia seringkali bertukar Kuttab kerana beliau bosan dengan system pengajaran di situ dan tidak mampu bertahan lama. Kemudian, beliau meneruskan pengajian di sekolah rendah, jauh sekali dari keinginan bapanya, tapi beliau berjanji untuk menyempurnakan hafalan Al-Quran di rumah.

Kemudian, beliau meneruskan pengajian di sekolah Muallimin Al-Awwaliyyah, dan pada tahun 1923 beliau melanjutkan pengajiannya di Fakulti Darul Ulum di Kaherah sehingga beliau bergraduat pada tahun 1927. Kemudian, beliau telah diamanahkan untuk mengajar pelajaran Ilmu Hayat, Sistem pemerintahan, dan politik ekonomi. Beliau mempunyai sebuah perpustakaan yang besar yang mengandungi ribuan kitab dalam pelbagai bidang.

Hassan Al-Banna telah menghabiskan masa selama 17 tahun sebagai guru di sekolah rendah di Ismailiyah kemudian di Kaherah. Beliau memperoleh pangkat nombor lima dalam Kader Staf Kerajaan ketika meletak jawatan sebagai guru ada tahun 1946. Kemudian beliau bekerja dengan surat khabar Ikhwanul Muslimin edisi harian dalam masa yang singkat. Beliau menerbitkan majalah As-Syihab secara bulanan pada tahun 1947 tetapi kemudian ditutup dengan pengharaman Ikhwanul Muslimin pada 8 Dis 1948.

Penubuhan Ikhwanul Muslimin

Hassan Al-Banna telah mengasaskan Ikhwanul Muslimin pada tahun 1928, iaitu setahun setelah beliau bergraduasi. Beliau selalu menyatakan, jemaahnya bukan sebuah parti politik semata-mata, tetapi ia mengumpulkan semua makna pengislahan dan usaha untuk kembali kepada ajaran islam yang murni serta menjadikan islam sebagai sebagai system yang merangkumi kehidupan.

Manhaj pengislahannya terbina di atas dasar tarbiyyah dan tadarruj “beransur-ansur” dalam merubah sesuatu yang diimpikan. Manhaj ini boleh disimpulkan dengan pembentukan Individu Muslim, Keluarga Muslim, kemudian Masyarakat Muslim, Pemerintahan Islam, Negara islam, seterusnya Khilafah Islamiyyah dan akhirnya sampai kepada tahap Ustaziaatul Alam.
Imam Hassan Al-Banna berjaya memahamkan anggota perjuangan islam bahawa kemenangan islam tidak akan dirsih tanpa pertolongan daripada Allah dan pertolongan Allah hanya dapat dicapai dengan mendekatkan diri kepadanya. Beliau yakin, usaha mengembalikan manusia kepada islam perlu berperingkat, dan tidak gopoh. Beliau menganggap matlamat terakhir ialah mengubah suasana jahiliyyah kepada islam. Tahap tersebut adalah:

1. Takrif (pengenalan]: memperkenalkan manusia kepada matlamat2 jemaah dan wasilah2nya dan menarik mereka kepada idea perubahan islam.

2. Takwin (pembentukan]: memilih unsur2 yang dapat membentuk kepuasan dengan bekerja untuk mengembalikankehidupan islam serta mendirikan pemerintahan islam. Kemudian mendidik unsur2 ini dengan didikan rohani, akal, dan fizikal .

3. Tanfiz (pelaksanaan]: bekerja secara konsisten.

Hassan AlBanna pernah mengungkapkan dalam Risalah untuk pemuda, “kita mengkehendaki pemerintahan islam yang membawa rakyatnya ke masjid, kemudian membimbing manusia dalam petunjuk islam sebagaimana islam menjadi petunjuk bagi para sahabat Rasulullah saw di masa dahulu. Oleh kerana itu, kita tidak mengakui system pemerintahan yang tidak ditegakkan di atas landasan islam dan tidak bersumber dariNya”. Untuk menebarkan pandangan politik Ikhwan, pelbagai penerbitan risalah dan majalah telah diedarkan serta mengeluarkan menifestasi2 kepada pihak kerajaan supaya kembali kepada islam dalam kehidupan dan sivilnya.
Hassan Al-Banna begitu mengambil berat terhadap isu palestin dan menganggapnya sebagai isu Dunia Islam keseluruhannya. Beliau mengetahui bahawa perjanjian barat Yahudi adalah untuk melawan umat islam. Beliau berkata, “sesungguhnya Ikhwanul Muslimin akan mengorbankan roh-roh dan harta-harta mereka di jalan untuk mengekalkan setiap inci daripada palestin ialam arab sehinggalah Allah mewariskan bumi dan sesiapa yang berada di atasnya”. Biro pengasas Ikhwan telah mengeluarkan satu resolusi pada 6 Mei 1948 yang mengiklankan jihad yang suci untuk melawan yahudi yang zalim. Beliau menyebut, “keadaan kita tidak akan elok dan plan islah tidak akan menyelamatkan kita selagi kita tidak bebas dari campur tangan orang asing”. “Tiada kebangkitan ummat tanpa ilmu dan tiada yang memimpin orang kafir melainkan dengan ilmu”.

Perjuangan ahli2 Ikhwan ini dibayar dengan harga yang sangat mahal di mana akhirnya mereka telah dilucutkan senjata malah terpaksa mendekam di penjara2 termasuk di Mesir namun kesannya amat amat mendalam di hati generasi hari ini dan sehingga hari kiamat. Hassan Al-Banna telah meletakkan batu asas yang tunjangnya cukup ampuh bagi menggerakkan kesedaran umat islam terhadap isu palestin, jihad mennetang gerakan zionis, pembebasan Al-Quds. Sehingga kini, regim haram zionis tidak mampu tidur lena diasak dari segenap penjuru oleh pejuang2 HAMAS yang merupakan legasi daripada suntikan fikrah perjuangan islam yang diluncurkan oleh Almarhum.

Fikrah Ikhwan

1. Dakwah salafiah
kerana mereka mendakwahkan agar islam dikembalikan kepada sumbernya yang suci iaitu Kitab Allah dan Sunnah RasulNya.
2. Tariqat Sunniyah
Kerana mewajibkan menjalankan sunnah RasulNya yang suci dalam semua hal terutama dalam bidang aqidah dan ibadah, selama mereka mampu melakukannya.
3. Hakikat Sufiah
Kerana mereka memahami bahawa asas kebaikan adalah kebersihan jiwa, kesucian hati, istiqamah dalam beramal, menjauhi keduniaan, kasih sayang kerana Allah, dan selalu terikat dengan kebaikan.
4. Hai’ah siasah (pertubuhan politik]
Mereka menuntuk agar dilakukan perbaikan terhadaphukum pemerintahan dalam negeri. Sedangkan mengenai hubungan luar negeri, mereka menuntut agar pemerintah mengubah pandangannya terhadap masalah hubungan kaum muslimin dengan umat islam lainnya. Mereka juga menuntut agar bangsa Muslim dididik dengan penuh izza dan kemuliaan diri.
5. Jamaah Riyadhiah (Kumpulan Jasmani]
Mereka memahami bahawa mukmin yang kuat itu lebih baik dari mukmin yang lemah. Mereka mengetahui bahawa Rasulullah saw bersabda, “sesungguhnya badanmu mempunyai hak terhadap dirimu”. Mereka juga mengetahui bahawa semua beban islam tidak akan dapat dilaksanakan dengan sempurna dan benar kecuali dengan tubuh yang kuat.
6. Rabithah Ilmiyah Thaqafiah (Ikatan Ilmiyah]
Islam telah memerintahkan bahawa menuntut ilmu wajib atas setia muslim dan muslimah. Dan pada hakikatnya kelompok2 ikhwan merupakan sekolah2 dan usrah2 yang bertujuan belajar dan mencari ilmu pengetahuan. Di samping itu juga sebagai akademi2 pendidikan jasmani, akal, dan ruh.
7. Syirkah Iqtishadiyah (usaha2 ekonomi]
Islam memperhatikan hal perolehan harta dan penggunaannya seperti yang dinyatakan Rasulullah dalam sabdanya, “harta yang paling nikmat adalah harta yang baik yang dipegang oleh orang yang soleh”. Selanjutnya baginda bersabda, “barangsiapa yang hidup sampai petang bekerja denga tangannya, dia akan berada dalam keampunan”. Sabdanya lagi, “sesungguhnya Allah mengasihi Mukmin yang punya pekerjaan”.
8. Fikrah Kemasyarakatan
Mereka memperhatikan penyakit2 masyarakat islam dan berusaha mencari jalan penyembuhan umat dari penyakit tersebut.

Peristiwa kesyahidan Hassan AlBanna

Tempat: Kaherah, kawasan Hilmiyah
Waktu : selepas pertengahan malam tarikh 12 Feb 1949

Hassan Al-Banna dibunuh tanpa ada rasa belas ihsan. Tubuhnya dipenuhi kesan-kesan peluru kejam tentera Mesir. Setelah dibunuh, mayatnya dihantar ke rumahnya dengan penuh kawalan, jalan2 ditutup, tidak dibenarkan perarakan membela kematian Assyahid. Tidak dibenarkan sebarang ucapan takziah. Tidak dibenarkan saudara-mara mahupun jiran2 memandikan dan menyembahyangkan mayatnya melainkan bapanya seorang. Sungguh busuk hati mereka, melihat saudara seislam tanpa ada perasaan, apa yang tinggal hanya sifat kebinatangan.

Sekujur badan dibawa ke jalan yang dipikul oleh isterinya dan anak perempuannya. Di belakangnya hanyalah ayahnya. Sesiapa yang berani mengiri jenazah itu, maka penjaralah kesudahannya.

Hanya si ayah dan ahli bait menyembahyangkan jenazah tersebut, dan kemudian menguburkannya. Kepungan dilakukan bukan sahaja terhadap rumah kerana bimbangkan revolusi yang akan dilakukan bahkan kepungan juga kepunga dilakukan terhadap kubur kerana bimbang ada orang yang datang mengeluarkan jasad dan mendedahkan jenayah. Dalam aspek lain, seorang raja menangguhkan hari jadinya daripada 11 Feb kepada 12 Feb untuk sama berpesta meraikan kematian Assyahid Imam Hassan Al-Banna.

Di antara kelahiran dan kesyahidan satu keajaiban

Berkata orientalis Amerika tentang Hassan AlBanna, “sesungguhnya Hassan itu kalangan ahli politik merupakan kekuatan mereka, di kalangan ulama’ merupakan hujjah mereka, di kalangan ahli sufi keimanan mereka, di kalangan ahli sukan semangat mereka, di kalangan falsafah ukuran mereka, di kalangan pemidato kepintaran mereka, di kalangan penulis ketetapan mereka. Dan adalah di semua sudut ini jelas menunjukkan bahawa dia mempunyai peribadi yang tersendiri yang sesuai di semua keadaan”.

Sesungguhnya benarlah apa yang diceritakan tentangnya oleh Raja Abdullah yang pertama, Raja kerajaan Jordan, “sesungguhnya Ikhwanul Muslimin meruakan keajaiban Al-Quran pada zaman ini. Dan tidak syak lagi pengasas jamaah dan penjaga kebangkitan mereka dan Mursyidul Am mereka ialah Hassan Al-Banna yang merupakan tuan keajaiban ini. Daripada ilmunya dan petunjuknya, kecergasan dan ruhnya, keimanan dan keislamannya…telah memperolehi jemaah ini aa yang disifatkan sebesar sifat, dan apa yang didirikannya daripada kerja2 yang mulia.”

Berkata Ustaz Kamil As-Shanawi Bik, “sesungguhnya Hassan Al-Banna merupakan satu2nya ketua yang percaya dengan sesuatu fikrah dan berusaha ke arahnya, sesungguhnya Hassan Al-Banna merupakan satu2nya panglima yang dijadikan ikutan di saf2 tentera”.

Hassan AlBanna pernah berkata, “setiap kali aku berdiri di khalayak ramai, aku berdoa kepada Allah dengan bersungguh2 supaya mendekatkan pada hari yang kami berdoa itu medan kata2 kepada medan perbuatan, dan medan perancangan kepada medan pelaksanaan. Kita telah menghabiskan masa yang lama terhadap pemidato2, dan masa sekarang menuntut kita bersungguh2 dengan kerja2 yang serius dan membuahkan hasil”.

“Alhamdulillah, selesai sudah saya menyiapkan ringkasan tentang buku ini. Hampir tidak dapat diringkaskan, boleh dikatakan semuanya penting dan perlu untuk diceritakan. Alangkah baiknya kalau saya dapat menceritakan semula keseluruhan isi buku ini tanpa ada satu pun yang keciciran. Alangkah baiknya jika para pemuda dan pemudi mengenali pejuang islam ini, yang sentiasa sabar dan ikhlas dalam memperjuangkan kebenaran islam. Benarlah, sesungguhnya generasi yang baik lahir daripada generasi yang terpimpin. Semoga ruhnya sentiasa mengalir dalam jiwa kita, untuk meneruskan perjuangan mengembalikan fikrah islam dalam diri masyarakat islam yang semakin jauh dan kian hanyut”.