Monday, September 22, 2008

Hari Pertama : ALLAH

“Mengingat Allah adalah sahabat dekatku” –Nabi Muhammad saw

Allah adalah nama Tuhan yang paling terkenal. Nama ini disebut didalam Al-quran sebanyak 2698 kali. Allah sendirilah yang memberi nama ini kepada dirinya seperti yang tersebut dalam surah Taha:14, “sesungguhnya Aku adalah Allah, tiada Tuhan selain Aku, maka sembahlah Aku”. Allah adalah sumber segala kekuatan, Yang Maha Perkasa dan tidak pernah berkurang. Dia adalah pelindung bagi segala makhluknya dan tidak pernah terkecuali. “Allah adalah sebab bagi segala yang wujud dan Dia sama sekali tidak serupa dengan makhluknya” –Syeikh Tasun Bayrak al-Ierrahi-

Tanamkan dalam diri, Allah adalah sumber bagi segala sumber. Tidak ada sesuatu pun yang dapat menandinginya. Allah tidak pernah lalai, mengantuk ataupun tidur. Ketika hambaNya memerlukan bantuan, Dia segera memberikan bantuan. Apabila melangkah bersama Allah, pasti berjaya.

Sabda Nabi saw:
“peliharalah Allah, pasti Allah memeliharamu. Peliharalah Allah pasti kamu dapati Allah selalu dihadapan kamu. Apabila kamu meminta, mintalah kepada Allah. Apabila kamu memerlukan bantuan, mintalah bantuan kepada Allah. Ketahuilah, sesungguhnya apabila manusia bersatu bagi member bantuan kepadamu, mereka tidak mampu melainkan apa yang sudah ditetapkan Allah kepadamu. Dan apabila mereka bersatu bagi menjatuhkan kamu, mereka tidak mampu melainkan apa yang sudah Allah tetapkan untukmu. Mata pena diangkat dan lembaran sudah ditutup.” (HR Tarmizi)

“Kamilah pelindung kamu dalam kehidupan di dunia dan akhirat. Di dalamnya kamu mendapat apa yang kamu mahu dan mendapat pula apa yang kamu minta. Sesungguhnya org2 yang mengatakan Tuhan kami adalah Allah kemudian berpegang teguh pada pendirian itu, malaikat turun kepada mereka dan mengatakan, janganlah kamu takut dan janganlah kamu sedih…” Surah Fussilat :30-31

Di dalam diri kita ada sumber kekuatan yang hebat dan berupaya mengatasi semua bentuk halangan. Kekuatan yang datang daripada Tuhan ini membimbing kita supaya mencapai tujuan dan cita2. Oleh yang demikian, kitalah yang bertanggungjawab di atas realiti yang kita miliki. Apa yang kita fikir dan percaya memberi pengaruh yang kuat pada kehidupan kita.

“apabila kita fikir kita lelah, kita merasa lelah
Apabila kita fikir kita tidak berani, maka kita tidak berani
Apabila kita mahu menang tetapi berfikiran kita tidak mampu,
Kita hampir pasti kita tidak menang.
Apabila kita fikir kita kalah,
Maka kita sudah kalah.
Kerana di dunia luar kita mendapati
Kejayaan bermula dengan kemahuan seseorang
Semua itu ada di dalam fikiran.
Perjuangan hidup tidak selalunya mendatangi
Orang yang lebih kuat dan cepat.
Tetapi cepat atau lambatnya orang yang menang itu
Adalah orang yang berfikir dia mampu menang”
-Norman Vincent Peale - Bapa pemikiran positif-

“maka ingatlah Aku, pasti Aku mengingati kamu” - Surah Al-Baqarah: 152

TAJUK BUKU : Kecerdasan berasaskan AsmaulHusna
PENULIS : Sulaiman Alkumayi
MASA DIBACA: 12.30am

Sunday, September 21, 2008

MENJADI MUSLIM TERBAIK



Alhamdulillah telah selesai membaca buku ini yang begitu ringkas tetapi padat dengan isi yang penuh manfaat. Bukunya kecil sahaja seperti buku nota yang boleh kita bawa ke mana2, dan dibaca di mana2. Buku ini merangkumi segala kriteria bagi seseorang Muslim bermula dari pembentukan kefahaman islam, pembentukan peribadi Muslim, kesempurnaan ibadah, hubungan kekeluargaan dan masyarakat,pembinaan keluarga Muslim dan akhirnya pembinaan masyarakat Muslim.

Bersyukurlah kita kepada Allah yang menciptakan kita sebagai seorang islam, agama yang benar dan wajib dianuti oleh seluruh umat manusia. Bagaimanakah agaknya keadaan kita sekiranya kita dilahirkan sebagai seorang Hindu? Mungkinkah saat ini kita telah menerima hidayah? atau masih lagi bersembahyang dikuil2?.. Mungkinkah kita akan menerima hidayah tersebut andainya ia mendatangi kita? wallahua’alam. na’uzubillahi minzalik.

Hati adalah tempat tersimpannya iman. Apabila hati kita bersih, pasti iman dapat kekal di dalamnya. Bagaimanakah untuk mendapatkan hati yang bersih dan tetap hidup? Diringkaskan didalam buku ini 3 perkara yang perlu dilakukan:

1. Selalu berzikir kepada Allah. Dengan berzikir hati terus menerus mendapat kekuatan sehingga hati sentiasa menjadi jernih.
2. Menggunakan hati untuk merenung dan mengkaji ayat ataupun tanda2 kekuasaan Allah dalam setiap perkara.
3. Berusaha memaksa diri bagi terus beribadat dengan ibadat yang terbaik kerana ibadat yang khusyuk menghasilkan kekuatan yang begitu besar demi keteguhan dan kebersihan hati.

Hati adalah permulaan bagi amalan2 yang seterusnya. Sekiranya kita mampu memelihara hati kita dengan memberi makanan yang berkhasiat seperti zikir, selawat, bersangka baik, insyaAllah amalan2 yang akan kita lakukan seterusnya akan menjadi mudah. Allah menjelaskan dalam surah Al-Ahzab: 41 yang bermaksud, “wahai orang2 yang beriman, berzikirlah dengan menyebut nama Allah dengan zikir yang sebanyak2nya.”

Maha Besar Allah yang menjadikan kita sebagai makhluk yang mulia. Maha Suci Allah yang mentakdirkan kita sebagai seorang islam. Oleh sebab itu, telah menjadi tanggungjawab kita untuk memelihara keislaman dan kemuliaan iman ini dengan sebaik2nya dan berusaha untuk mempertingkatkan kualiti iman dari semasa ke semasa. Keimanan dan keislaman itu bagaikan tanaman. Apabila tanaman sentiasa disiram dan dirawat dengan baik, ia pasti tumbuh dengan subur. Jadi, tidak mustahil, kita mampu menjadi BINTANG. Bukan bintang di pentas, bukan bintang di televisyen, tetapi bintang pada pandangan Tuhan. Bintang yang paling indah sahaja yang mendapat sepenuh perhatian, rahmat, dan keredhaanNya. Bintang itu adalah Muslim Terbaik.

TAJUK BUKU: menjadi muslim terbaik
PENULIS : AA GYM

Saturday, September 20, 2008

Sebuah Jawapan



Seorang sahabat saya ada bertanya, “Liza, bahan bacaan apa yang ko slalu baca?” saya hanya menjawab, “tak kisah apa2 jenis buku”. Kenapa dia bertanya begitu saya tak pasti, mungkin sebab dia melihat sahabat2 lain yang mewujudkan blog banyak membicarakan tentang isu2 politik, fakta2 sejarah, sains dan teknologi, isu2 umat islam sedunia, tak setanding dengan blog ini yang hanya berkisarkan tentang kisah2 yang ringan untuk dibaca. Saya suka membaca sejak dari kecil lagi, namun ia seolah2 hilang tanpa diabadikan di mana2. Alangkah baiknya jika saya dapat baca semula buku2 yang telah dibaca pada akhir2 waktu nanti. Atas kesedaran itu, blog ini diwujudkan untuk mengingatkan diri saya sendiri khususnya dan untuk sesiapa sahaja yang melewati blog ini.

Saya akui, blog ini terlalu banyak kekurangan jika dibandingkan dengan blog sahabat2 seperjuangan. Terlalu ringan untuk dibaca oleh sahabat2 yang telah jauh kedepan. InsyaAllah, ia amat berguna untuk sahabat2 lain yang beru merangkak seperti saya, mengubah keanehan diri kepada hidup perjuangan, mengubah kelemahan kepada kekuatan. Allah telah mensyariatkan Nabi untuk berhijrah dari Makkah ke Madinah, kerana terlalu hebatnya siksaan yang dikenakan ke atas umat islam. Namun, pengunduran itu bukan bermaksud umat islam mengalah, tetapi Allah ingin memberi tenggang waktu kepada umat islam untuk membina kekuatan. Begitu juga strategi2 peperangan yang dilakukan oleh para sahabat di medan peperangan, adakalanya mereka berundur seketika, bukan kerana takut tetapi untuk membina kekuatan dan merancang strategi baru bagi kemenangan yang akan datang. Begitulah…kadangkala kita perlu diam seketika, supaya dengan diam itu kita dapat berfikir tentang kelemahan diri untuk kita gantikan kelemahan dengan kekuatan, mengubah hidup nafsi2 kepada hidup berjemaah.

Dan semoga berkat Ramadhan yang mulia ini, Allah memberkati misi ini dan misi sahabat2 sekalian. Semoga bahan bacaan yang kita baca, bukan sekadar masuk dan terima tetapi dengan harapan ia sebati dalam diri dan dapat diaplikasikan dalam kehidupan. “BACALAH DENGAN NAMA TUHANMU YANG MENCIPTAKAN..”



..Bagaimana saya mula membaca..



“Mak, belikan adik buku cerita.. belikan ye mak.. adik nak baca”. Saya meminta kepada emak berkali-kali. Namun emak hanya menjawab, “nantila dik, bila mak ada duit mak belikan ye”. Saya menunggu dan terus menunggu. Ketika itu saya baru berusia 7 tahun. Keinginan untuk membaca begitu tinggi. Saya tak kisah, apa2 jenis buku cerita saya akan baca, maklumlah..baru pandai membaca. Pada masa tu di rumah saya hanya ada beberapa buah buku milik abang bertajuk “Mickey Mouse and His Boat”, “Berbudi kepada Tanah”, dan satu lagi kalau tak silap saya, “Monyet yang Tamak”. Saya membaca buku2 ini sejak berumur 5 tahun, mula2 abang bacakan untuk saya, lama2 saya faham dari cerita dan gambar2 yang dilakarkan.

Kadangkala saya terfikir, bagaimana saya boleh mengingat kembali kesemua jalan cerita ini walaupun tanpa melihat buku2 tersebut ditambah pula saya belum benar2 pandai membaca ketika itu?. Kemudian, bila semakin membesar saya mengetahui sedikit sebanyak tentang psikologi kanak2 daripada sahabat2 yang mengambil jurusan psikologi. Pada zaman kanak2, kita mempunyai sikap ingin tahu yang sangat tinggi, jadi segala apa yang didengar, dilihat, dan dibaca akan mudah ditafsirkan oleh hati kita pada masa itu. Ditambah pula hati kita bersih, tiada sikap dendam, irihati, dan segala sifat2 mazmumah. Oleh sebab itu, ilmu mudah meresap ke dalam hati dan tidak mustahil kita boleh mengingati banyak peristiwa hingga ke hari ini. Buku2 ini walaupun begitu ringkas, namun ia memberi banyak pengajaran dalam proses tumbesaran saya sebagai seorang manusia.

“Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami. Sungguh, Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana” (QS Al-Baqarah:32)

Sebagai contoh, kisah “Mickey Mouse and His Boat”, ia mengisahkan tentang ketulusan persahabatan antara Mickey Mouse dan anjing kesayangannya, Goofy. Kebiasaannya, bila kita hidup bersederhana kita sentiasa bersama sahabat sejati kita, namun bila kita semakin sibuk dan semakin kaya, maka berduyun2lah manusia yang ingin mendekati kita, bukan kerana kita sebagai sahabatnya tetapi kerana ingin mendampingi kekayaan kita. Namun tana kita sedari, sahabat sejati itu kita tinggalkan. Itulah yang telah dikisahkan dalam buku ini, namun akhirnya..Mickey sedar, sehebat manapun bot yang dia miliki, kebahagiaannya tetap bersama anjing kesayangannya. Buku “Berbudi pada Tanah”, kisah tentang alam sekitar yang menekankan tanggungjawab kita sebagai pengguna untuk menggunakan tanah dengan sebaik2nya. Tanah adalah anugerah, sebagai tempat bercucuk tanam, sebagai habitat haiwan kecil, sebagai penyimpan air dan banyak lagi kegunaan tanah. Di dalam tanah juga ada bakteria yang mampu memberi faedah untuk kehidupan manusia. Subhanallah, begitu banyak yang dapat diperoleh dari buku2 ini. Mana tidaknya.. sekali saya baca sepintas lalu, tengok gambar, dan tutup. Esok buka lagi. Lusa buka lagi dan begitulah seterusnya sehingga hafal isi kandungan buku2 itu.

Alhamdulillah, tak lama selepas saya meminta buku daripada emak, emak balik ke rumah dengan membawa 3 buah buku cerita untuk saya.. “The adventures of Bobby and pippo”, “Khalifah Usman bin Affan”, dan “Tiga Niat”. Ketika ini saya telah pandai membaca, seronok tak terkira. Kemudian, pada tahun itu juga (darjah 1), saya memasuki pertandingan membaca, tak ingat cerita tentang apa, yang pasti saya telah mendapat tempat pertama dalam pertandingan itu dan mendapat sebuah buku cerita bertajuk, “Si Kaya Si miskin” iaitu sebuah kisah yang terkandung di dalam Al-Quran.

Drama2 di dalam televisyen sering mempertontonkan plot di mana seorang ibu menceritakan sebuah kisah atau membacakan sebuah buku kepada anak2nya sebelum tidur. Sebenarnya aktiviti ini amat berpengaruh dalam kehidupan seharian anak2 kerana ayat2 yang masuk dalam minda mereka sebelum tidur akan terbawa dalam minda dibawah sedar. Jadi, bila kisah2 yang baik diceritakan kepada anak2 sebelum tidur, insyaAllah mereka akan mudah menerima dan mensebatikan dalam diri mereka. Saya juga begitu menginginkan aktiviti tersebut untuk diri saya, =) tetapi zaman itu telah lama berlalu. Jadi, sebagai gantinya saya telah membeli sebuah buku, “40 kisah sebelum anak tidur”. Saya sendiri akan membaca buku ini sebelum tidur, jika balik ke kampung. Sekurang2nya, walaupun emak saya tidak membacakan cerita untuk saya, saya dapat membaca untuk diri saya sendiri. Kisah ini terdiri daripada kisah2 Nabi, para sahabat, tabi’ dan tabi’in yang mana ia disertakan dengan pengajaran dihujung kisah tersebut. Buku ini amat menarik kerana ia dihiasi dengan lukisan2 yang menggambarkan suasana pada masa itu, ayat2 yang mudah difahami, dan ringkasan pengajaran yang dapat diambil. Sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat. Adakalanya, kita perlu meringankan sedikit fikiran kita, supaya minda kita dapat bekerja dalam keadaan yang stabil, selesa dan harmoni. Seperti juga jasmani memerlukan rehat daripada bekerja keras, begitu juga dengan minda yang perlu direhatkan sebentar daripada bahan bacaan berat supaya ia dapat digunakan secara optimum.

Ini hanya sekadar coretan ringkas bagaimana saya mula berminat untuk membaca, permulaan bahan bacaan yang dibaca, sehinggalah ke hari ini. Semoga Allah memberi saya kesempatan untuk menulis semula kisah2 yang pernah dibaca untuk mengingatkan diri saya kembali tentang kesedaran yang semakin malap dan kian terpadam. Akhir kalam.. “BACALAH DENGAN NAMA TUHANMU YANG MENCIPTAKAN..”




Friday, September 19, 2008

MUHAMMAD SAW, Putera Lembah Bakkah


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Sejak akhir-akhir ini, saya begitu tertarik untuk membaca kisah Rasulullah, meskipun saya telah mengetahui fakta tentangnya dari buku yang berbeza, akan saya baca semula tanpa ada rasa jemu. Allah telah membukakan hati saya untuk membeli buku ini sejak di kedai buku lagi, dan saya amat tertarik untuk membelinya. Hakikatnya, buku ini sama sahaja seperti buku2 lain, fakta juga sama. Apa yang berbeza, penulis buku ini telah menkreatifkan cara penyampaian cerita dalam bentuk yang lebih menarik. Diselitkan beberapa dialog, monolog, latar peristiwa, situasi, dan pergolakan perasaan yang menjadikan kita lebih terkesan dengan situasi tersebut. Buku ini juga menyelitkan beberapa figura padang pasir supaya kita benar2 menghayati babak cerita, seolah2 kita berada di situasi tersebut.


Buku ini mengisahkan perjalanan hidup Nabi pada tahun2 awal kehidupannya sebelum diangkat menjadi Rasul yang penuh dengan keajaiban. Keajaiban ini bermula semenjak zaman Abdul Muttalib memimpin kota Makkah. Dari susur galur keturunan Nabi, kita dapat melihat bahawa Allah telah merencanakan perancangan yang begitu teliti dan tersusun untuk Nabi pilihanNya di mana Allah telah memilih keturunan yang baik2 dari datuk Nabi, serta ibu dan bapanya. Semua itu adalah perancangan Allah yang menginginkan Nabi pilihanNya dalam kalangan orang2 yang mulia.


Semua Nabi mengembala kambing, begitu juga dengan Nabi Muhammad. Supaya dengan itu, mereka dapat berfikir tentang penciptaan langit dan bumi serta apa yang ada di antara keduanya. Kehidupan Nabi penuh dengan cabaran dan dugaan, dilahirkan tanpa melihat ayah tersayang, ditinggal pergi oleh sang ibu yang baru hanya 3tahun mengecap kasih. Dipelihara pula oleh datuknya, namun itu juga tidak lama hanya 2 tahun cuma dan dijaga pula oleh bapa saudaranya Abu Talib. Allah mengajar Nabi untuk hidup sendiri tanpa bergantung hidup pada sesiapa. Nabi akur dengan ketentuan hidupnya, menjadikan dia lebih berfikir tentang kehidupan. Allah Maha Pegasih lagi Maha Penyayang, tidak dibiarkan Nabi pilihanNya hidup sendirian, bahkan Dia sentiasa memeliharanya daripada melakukan perkara2 mungkar yang biasa dilakukan oleh orang Arab jahiliyah.


Bacalah buku ini yang tidak setebal mana, hanya mengandungi 133 mukasurat, tetapi isi kandungannya sarat dengan ilmu kehidupan yang mampu menginsafkan dan menyedarkan kita. kadang2 kita hanya membaca buku2 gerakan, buku2 dakwah,buku2 tentang politik, tapi kita lupa membaca tentang sejarah Nabi yang mana ia menyelitkan banyak penyelesaian bagi masalah umat hari ini. Kadang2 kita terlalu ego, bahan bacaan kita hebat2 tapi sedikit pun tidak mampu mengubah diri kita kepada kehidupan yang lebih baik. Masalah tetap juga tidak selesai…kerana kita tidak mengambil pelajaran dari kisah hidup Nabi junjungan. Allah ada berfirman yang bermaksud, “Sesungguhnya ada pada diri Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu, iaitu bagi orang yang mengharapkan rahmat Allah dan kedatangan hari kiamat dan dia banyak mengingat Allah”. (Al-Ahzab:21)


Tajuk buku : Muhammad SAW, Putera Lembah Bakkah

Habis dibaca : 11 Sept 2008