Saturday, September 20, 2008

..Bagaimana saya mula membaca..



“Mak, belikan adik buku cerita.. belikan ye mak.. adik nak baca”. Saya meminta kepada emak berkali-kali. Namun emak hanya menjawab, “nantila dik, bila mak ada duit mak belikan ye”. Saya menunggu dan terus menunggu. Ketika itu saya baru berusia 7 tahun. Keinginan untuk membaca begitu tinggi. Saya tak kisah, apa2 jenis buku cerita saya akan baca, maklumlah..baru pandai membaca. Pada masa tu di rumah saya hanya ada beberapa buah buku milik abang bertajuk “Mickey Mouse and His Boat”, “Berbudi kepada Tanah”, dan satu lagi kalau tak silap saya, “Monyet yang Tamak”. Saya membaca buku2 ini sejak berumur 5 tahun, mula2 abang bacakan untuk saya, lama2 saya faham dari cerita dan gambar2 yang dilakarkan.

Kadangkala saya terfikir, bagaimana saya boleh mengingat kembali kesemua jalan cerita ini walaupun tanpa melihat buku2 tersebut ditambah pula saya belum benar2 pandai membaca ketika itu?. Kemudian, bila semakin membesar saya mengetahui sedikit sebanyak tentang psikologi kanak2 daripada sahabat2 yang mengambil jurusan psikologi. Pada zaman kanak2, kita mempunyai sikap ingin tahu yang sangat tinggi, jadi segala apa yang didengar, dilihat, dan dibaca akan mudah ditafsirkan oleh hati kita pada masa itu. Ditambah pula hati kita bersih, tiada sikap dendam, irihati, dan segala sifat2 mazmumah. Oleh sebab itu, ilmu mudah meresap ke dalam hati dan tidak mustahil kita boleh mengingati banyak peristiwa hingga ke hari ini. Buku2 ini walaupun begitu ringkas, namun ia memberi banyak pengajaran dalam proses tumbesaran saya sebagai seorang manusia.

“Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami. Sungguh, Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana” (QS Al-Baqarah:32)

Sebagai contoh, kisah “Mickey Mouse and His Boat”, ia mengisahkan tentang ketulusan persahabatan antara Mickey Mouse dan anjing kesayangannya, Goofy. Kebiasaannya, bila kita hidup bersederhana kita sentiasa bersama sahabat sejati kita, namun bila kita semakin sibuk dan semakin kaya, maka berduyun2lah manusia yang ingin mendekati kita, bukan kerana kita sebagai sahabatnya tetapi kerana ingin mendampingi kekayaan kita. Namun tana kita sedari, sahabat sejati itu kita tinggalkan. Itulah yang telah dikisahkan dalam buku ini, namun akhirnya..Mickey sedar, sehebat manapun bot yang dia miliki, kebahagiaannya tetap bersama anjing kesayangannya. Buku “Berbudi pada Tanah”, kisah tentang alam sekitar yang menekankan tanggungjawab kita sebagai pengguna untuk menggunakan tanah dengan sebaik2nya. Tanah adalah anugerah, sebagai tempat bercucuk tanam, sebagai habitat haiwan kecil, sebagai penyimpan air dan banyak lagi kegunaan tanah. Di dalam tanah juga ada bakteria yang mampu memberi faedah untuk kehidupan manusia. Subhanallah, begitu banyak yang dapat diperoleh dari buku2 ini. Mana tidaknya.. sekali saya baca sepintas lalu, tengok gambar, dan tutup. Esok buka lagi. Lusa buka lagi dan begitulah seterusnya sehingga hafal isi kandungan buku2 itu.

Alhamdulillah, tak lama selepas saya meminta buku daripada emak, emak balik ke rumah dengan membawa 3 buah buku cerita untuk saya.. “The adventures of Bobby and pippo”, “Khalifah Usman bin Affan”, dan “Tiga Niat”. Ketika ini saya telah pandai membaca, seronok tak terkira. Kemudian, pada tahun itu juga (darjah 1), saya memasuki pertandingan membaca, tak ingat cerita tentang apa, yang pasti saya telah mendapat tempat pertama dalam pertandingan itu dan mendapat sebuah buku cerita bertajuk, “Si Kaya Si miskin” iaitu sebuah kisah yang terkandung di dalam Al-Quran.

Drama2 di dalam televisyen sering mempertontonkan plot di mana seorang ibu menceritakan sebuah kisah atau membacakan sebuah buku kepada anak2nya sebelum tidur. Sebenarnya aktiviti ini amat berpengaruh dalam kehidupan seharian anak2 kerana ayat2 yang masuk dalam minda mereka sebelum tidur akan terbawa dalam minda dibawah sedar. Jadi, bila kisah2 yang baik diceritakan kepada anak2 sebelum tidur, insyaAllah mereka akan mudah menerima dan mensebatikan dalam diri mereka. Saya juga begitu menginginkan aktiviti tersebut untuk diri saya, =) tetapi zaman itu telah lama berlalu. Jadi, sebagai gantinya saya telah membeli sebuah buku, “40 kisah sebelum anak tidur”. Saya sendiri akan membaca buku ini sebelum tidur, jika balik ke kampung. Sekurang2nya, walaupun emak saya tidak membacakan cerita untuk saya, saya dapat membaca untuk diri saya sendiri. Kisah ini terdiri daripada kisah2 Nabi, para sahabat, tabi’ dan tabi’in yang mana ia disertakan dengan pengajaran dihujung kisah tersebut. Buku ini amat menarik kerana ia dihiasi dengan lukisan2 yang menggambarkan suasana pada masa itu, ayat2 yang mudah difahami, dan ringkasan pengajaran yang dapat diambil. Sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat. Adakalanya, kita perlu meringankan sedikit fikiran kita, supaya minda kita dapat bekerja dalam keadaan yang stabil, selesa dan harmoni. Seperti juga jasmani memerlukan rehat daripada bekerja keras, begitu juga dengan minda yang perlu direhatkan sebentar daripada bahan bacaan berat supaya ia dapat digunakan secara optimum.

Ini hanya sekadar coretan ringkas bagaimana saya mula berminat untuk membaca, permulaan bahan bacaan yang dibaca, sehinggalah ke hari ini. Semoga Allah memberi saya kesempatan untuk menulis semula kisah2 yang pernah dibaca untuk mengingatkan diri saya kembali tentang kesedaran yang semakin malap dan kian terpadam. Akhir kalam.. “BACALAH DENGAN NAMA TUHANMU YANG MENCIPTAKAN..”




No comments: