Sunday, September 21, 2008

MENJADI MUSLIM TERBAIK



Alhamdulillah telah selesai membaca buku ini yang begitu ringkas tetapi padat dengan isi yang penuh manfaat. Bukunya kecil sahaja seperti buku nota yang boleh kita bawa ke mana2, dan dibaca di mana2. Buku ini merangkumi segala kriteria bagi seseorang Muslim bermula dari pembentukan kefahaman islam, pembentukan peribadi Muslim, kesempurnaan ibadah, hubungan kekeluargaan dan masyarakat,pembinaan keluarga Muslim dan akhirnya pembinaan masyarakat Muslim.

Bersyukurlah kita kepada Allah yang menciptakan kita sebagai seorang islam, agama yang benar dan wajib dianuti oleh seluruh umat manusia. Bagaimanakah agaknya keadaan kita sekiranya kita dilahirkan sebagai seorang Hindu? Mungkinkah saat ini kita telah menerima hidayah? atau masih lagi bersembahyang dikuil2?.. Mungkinkah kita akan menerima hidayah tersebut andainya ia mendatangi kita? wallahua’alam. na’uzubillahi minzalik.

Hati adalah tempat tersimpannya iman. Apabila hati kita bersih, pasti iman dapat kekal di dalamnya. Bagaimanakah untuk mendapatkan hati yang bersih dan tetap hidup? Diringkaskan didalam buku ini 3 perkara yang perlu dilakukan:

1. Selalu berzikir kepada Allah. Dengan berzikir hati terus menerus mendapat kekuatan sehingga hati sentiasa menjadi jernih.
2. Menggunakan hati untuk merenung dan mengkaji ayat ataupun tanda2 kekuasaan Allah dalam setiap perkara.
3. Berusaha memaksa diri bagi terus beribadat dengan ibadat yang terbaik kerana ibadat yang khusyuk menghasilkan kekuatan yang begitu besar demi keteguhan dan kebersihan hati.

Hati adalah permulaan bagi amalan2 yang seterusnya. Sekiranya kita mampu memelihara hati kita dengan memberi makanan yang berkhasiat seperti zikir, selawat, bersangka baik, insyaAllah amalan2 yang akan kita lakukan seterusnya akan menjadi mudah. Allah menjelaskan dalam surah Al-Ahzab: 41 yang bermaksud, “wahai orang2 yang beriman, berzikirlah dengan menyebut nama Allah dengan zikir yang sebanyak2nya.”

Maha Besar Allah yang menjadikan kita sebagai makhluk yang mulia. Maha Suci Allah yang mentakdirkan kita sebagai seorang islam. Oleh sebab itu, telah menjadi tanggungjawab kita untuk memelihara keislaman dan kemuliaan iman ini dengan sebaik2nya dan berusaha untuk mempertingkatkan kualiti iman dari semasa ke semasa. Keimanan dan keislaman itu bagaikan tanaman. Apabila tanaman sentiasa disiram dan dirawat dengan baik, ia pasti tumbuh dengan subur. Jadi, tidak mustahil, kita mampu menjadi BINTANG. Bukan bintang di pentas, bukan bintang di televisyen, tetapi bintang pada pandangan Tuhan. Bintang yang paling indah sahaja yang mendapat sepenuh perhatian, rahmat, dan keredhaanNya. Bintang itu adalah Muslim Terbaik.

TAJUK BUKU: menjadi muslim terbaik
PENULIS : AA GYM

No comments: