Tuesday, February 10, 2009

Arrahman dan Arrahim “yang Maha Pengasih Yang Maha Penyayang

“Ehre Gott und Liebe die menschen – hormati TUHAN dan cintai sesama manusia (Sulaiman Alkumayi*

Ar-Rahman dan Ar-Rahim bermaksud Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Kedua2 nama Allah ini berasal daripada perkataan arrahmah. Dalam sebuah hadis Qudsi, Allah berkata, “Aku adalah Ar-Rahman, Aku ciptakan rahim, Aku ambilkan untuknya nama yang berakar umbi daripada namaKu. Siapa yang menyambungnya silaturrahim, Aku sambung rahmatKu baginya dan siapa yang memutuskannya, Aku bagikan rahmatKu untuknya”.

Menurut ahli bahasa Ibnu faris, semua kata yang terdiri daripada ra, ha, mim mengandungi makna lemah lembut, kasih sayang dan kehalusan. Hubungan silaturrahim adalah hubungan kasih sayang. Rahim adalah peranakan atauun kandungan yang melahirkan kasih sayang. Menurut pendaat ara ahli sufi, Ar-Rahman adalah Tuhan selama Dia menunjukkan belas kasihan pada setiap perkara.

Qunawi menggambarkan rahmat Allah yang terbias daripada namaNya,
“ Tuhan digelar yang Maha Pengasih selagi Dia menebarkan kewujudanNya yang tidak terbatas pada segala sesuatu yang wujud melalui kewujudanNya. Ini kerana belas kasihan adalah wujud itu sendiri dan ‘Yang Maha Pengasih’ itu adalah nyata selagi wujud segala sesuatu yang terbentang melalui DIA.”

Nabi saw bersabda, “Pada hari Tuhan menciptakan rahmatNya, Dia menciptakannya sebanyak 100 rahmat dan menyimpan 99 bagi diriNya sendiri. Kepada semua makhlukNya, DIA hanya memberikan satu rahmat sahaja.” Tambah Nabi lagi, “Tuhan menciptakan 100 belas kasihan pada hari DIA menciptakan langit dan bumi. Setiap belas kasih itu mengisi tempat antara langit dan bumi. Di antaranya DIA menempatkan satu belas kasih di bumi, lalu seorang ibu cenderung kepada anaknya, dan burung2 serta haiwan2 cenderung antara satu sama lainnya. Semasa hari kebangkitan tiba, DIA melengkapi semua belas kasihan itu dengan belas kasihan yang satu ini.”

Demikianlah luasnya rahmat Allah. Oleh itu sempurnakanlah sangkaan baik kita kepada Allah dan bersandar sepenuhnya kepadaNya, sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah dalam surah Az-Zumar ayat 53, “sesungguhnya Allah mengampuni dosa2 semuanya.” Gembirakanlah hati dengan harapan pada rahmat Allah kerana kita tidak tercipta sebagai makhluk sekiranya rahmat tidak meliputi kita. setiap ciptaan adalah penerima rahmatNya sebagaimana yang tesebut dalam surah Al-A’raf ayat 156 yang bermaksud, “…rahmatKu meliputi segala2nya…”
Vitamin Jiwa

Kita pastinya tidak pernah terlepas dari bersarapan pagi kerana kita tahu betapa pentingnya bersarapan bagi pembinaan tenaga sepanjang hari. Kita berikan makanan untuk pembinaan jasmani, tapi apa yang kita berikan untuk makanan rohani? Mengapa kita tidak mengambil Cuma 5 minit bersama Ar-Rahman dan Ar-Rahim sebagai sarapan bagi jiwa? Tanya hati nurani, apakah nikmat yang telah kita terima semalam? Kita dapat anugerah sebagai pelajar terbaik.. Kenderaan kita selamat dari dicuri, kita dapat menyelesaikan pekerjaan dengan baik.. Pernahkah kita merasakan semua itu adalah disebabkan kasih Allah pada kita?

Mari kita bina hati, jiwa, batin. Fikiran, dan wawasan sebelum bertolak ke tempat kerja. Sudahkah ia diisi dengan rasa kasih? Jika sudah, pergilah dengan rasa kasih, hilangkan segala sifat yang bertentangan dengan rasa kasih dari dalam jiwa. Jika belum, pejamkan mata, tarik nafas dalam2, dan hembuskan rasa benci dan permusuhan daripada dalam diri, lakukan berulang-ulang. insyaAllah kita mampu membuangnya.

Tanamkan dalam jiwa, di mana kita berada, di situ ada Tuhan. Orang yang mengikatkan dirinya hanya kepada Allah, Ar-Rahman dan Ar-Rahim, sedetik pun dia tidak pernah memperlihatkan perasan benci. Setiap kata2nya mengeluarkan kata2 kasih. Setiap tatapan matanya memancarkan rasa kasih. Gerakan kaki dan tangannya menolong atas dasar kasih kerana hanya itu yang kana membuatkannya bahagia. Seperti kata2 Rachel Varnhagen, “saya selalu banyak member, maka saya rasa lebih bahagia daripada suka.”

Apabila mencontohi Ar-Rahman dan Ar-Rahim, bermakna kita berusaha meniru segala sesuatu yang terkandung dalam makna nama itu, kemudian menerapkannya dalam kehidupan seharian. Kita perlu sedar, tugas kita dibumi ini adalah menyebarkan vitamin kasih sayang ini kepada sesiapa pun tanpa memandang perbezaan ras, agama, suku bangsa, parti politik dan sebagainya. Bahkan kasih itu tidak hanya terbatas sesame manusiatetapi juga kepada binatang, tumbuhan dan alam sekitar yang mengelilingi kita. Dalam sebuah hadis nabi berpesan, “org2 yg bersifat kasih, mereka dikasihi oleh Tuhan Yang Maha Pengasih. Hendaklah kamu semua mengasihi makhluk yang ada di bumi, dengan itu makhluk dilangit pasti mengasihi kamu.”

Presiden Amerika, Calvin Collidge menyatakan, “tidak seorang pun yang pernah diberikan penghormatan pada yang diterimanya. Penghormatan diberikan sebagai balasan pada apa yang diberikannya.” John Maxwell menambah, “ Memberi adalah tahap makna kehidupan tertinggi.”

Ulangilah ayat ini beberapa kali, ingatilah ke mana sahaja destinasi yang kita tujui:

Tuhan, jadikanlah aku alat kasihMu
Dimana ada benci, biarkan aku menebarkan cinta
Di mana ada hati2 terluka, biarkan aku menjadi penghibur
Di mana ada keraguan, biarkan aku menebarkan keyakinan
Di mana ada putus asa, biarkan aku menebarkan harapan
Di mana ada kesedihan, biarkan aku berkongsi bahagia
Di mana ada kegelapan, biarkan aku memberi cahaya.

Rumi di dalam Fihi ma Fihi mengingatkan:

Demikianlah, walaupun balasan bagi kebaikan dan kejahatanyang dijanjikan Tuhan hanya tiba pada Hari Kebangkitan, pasti muncul juga suatu keadaan yang mewakili balasan itu. Apabila manusia bergembira di dalam hatinya, hal itu adalah balasan disebabkan dia membuat orang lain bahagia. Apabila dia bersedih, hal itu adalah balasan disebabkan dia membuat orang lain sedih. Terdapat suatu bentuk basalan sebagai perumpamaan bagi Hari Kebangkitan. Hal ini supaya orang dapat memahami yang banyak dari yang sedikit.

Berdoalah kepada Allah,

“Tuhanku Ya Rahman, yang Maha Mencurahkan Rahmat kasih sayang kepada segala yang wujud,
Wahai Tuhan yang mencakupi segala sesuatu dengan rahmat dan pengetahuan..
rahmatMu kelihatan pada setiap butir kewujudan di alam semesta ini..
kami tidak melihat walau sekelumit..
Ya Allah, kami membaca tanda2 rahmatMu yang menjadikan kami tertarik menuju ke sisiMu
Serta menenangkan hati kami dengan keluasan kasih sayangMu.
Oleh itu Ya Allah, perlihatkanlah pada mata hati kami,
cahaya keadilanMu serta keagungan anugerahMu.. Wahai Ar-Rahman
Wahai Allah yang mencurahkan kasih..
Maha Suci Engkau yang telah mencampakkan rasa cinta dalam hati2 kami,
Kau pandulah hati2 kami untuk menggunakan rasa cinta itu pada jalan yang Engkau redhai,
Dan jangan Kau biarkan perasaan itu merosakkan hati dan jiwa2 kami,
Wahai Tuhan, sempurnakanlah cahaya kami dan ampunilah dosa kami
Sesungguhnya Engkau berkuasa atas segala sesuatu”

No comments: