Monday, January 12, 2009

Buku ku

Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha penyayang


Kehidupan manusia tak pernah lari dari kesibukan dan kepenatan. Begitu juga yang saya alami. Kerja semakin bertambah, selepas satu, satu lagi datang. Jurnal2 di lab melambai-lambai minta dibaca.. Buku2 di rumah memanggil2 minta dihadam. Tak tau mana satu perlu dibaca dahulu. Bukan satu buku, tapi 4 buku setebal lebih kurang 8oo mukasurat perlu untuk dihadam. Balik dari lab dah letih, hanya mampu membaca beberapa mukasurat. Terasa sangat bersalah pada buku2 ni, dah beli, tapi xberdaya menyempatkan diri untuk membacanya. Semoga Allah beri kekuatan dan kesempatan untuk saya menghadam buku2 ni.

Buku yang mula2 saya beli adalah buku “pesan Maha Kasih Dalam Kisah”, karangan H. Zainal Ariffin MA H abu Ezzat Al-Mubarak MA, saduran dari Kitab Tafsir Sya’rawi. Buku ni di beli di Book Garden USM. Time ni takde duit nak beli, ada satu je buku ni.. suruh kak sakinah (cashier] jagakan dulu, takut2 ada orang nk beli. Buku ni berharga RM65 kalau tak silap. Ia Menceritakan tentang kisah2 yang tersebut di dalam al-quran seperti kisah kaum musa, kisah penciptaan adam, kisah orang yahudi dan nasrani dan banyak lagi. Buku ini juga banyak menjelaskan tentang tafsiran daripada cerita yang Allah kisahkan di dalam Al-quran.

Kemudian, saya membeli buku “Kecerdasan berasaskan AsmaulHusna” hasil tulisan Sulaiman Al-Kumayi. Penulis berasal dariada Indonesia, memiliki Ijazah Sarjana dari IAIN, Indonesia. Buku ini terletak indah di atas rak Kedai Buku popular Bukit Jambul, maka saya mengambil keputusan untuk melamar buku ini bagi tatapan dan bacaan saya. Alhamdulillah, tidak sia2 buku ini dilamar kerana isi kandungannya sangat menarik, bahasanya begitu indah dengan tafsiran yang mudah difahami. Penulis menjelaskan maknanya beserta cerita dan iktibar untuk kita mensebatikan nama2 Allah Yang Maha Agung dalam diri kita sebagai hambaNya.

Sepurnama telah berlalu… Buku “Revolusi IQ, EQ, dan SQ” akhirnya menjadi milik saya setelah ia hampir2 dilamar orang. Buku ini saya reserved untuk sementara di atas rak almari bercermin sebelah cashier memandangkan waktu ini saya belum bergaji. Jadi, ia menjadi tatapan umum, dan telah menarik minat ramai pelanggan. tapi, mereka hanya berputih mata memandangkan buku ini telah menjadi kepunyaan saya. Penulis buku ini, Taufik pasiak merupakan seorang pensyarah dalam bidang Anatomi dan Agama Islam di beberapa Akademi pengajian di Manado, Indonesia. Beliau telah dilantik menjadi presiden Yayasan Avicenna iaitu yayasan yang aktif menjalankan latihan dan rundingan di seluruh Manado. Buku ini membongkar rahsia kecerdasan para saintis, pemimin, dan orang biasa. Ia juga menjelaskan dengan terperinci mengenai proses minda manusia bekerja dan bagaimana emosi dan spiritualiti menempatkan diri dalam struktur minda. Selain itu, ia menjelaskan persoalan mengapa fikir, zikir, ilmu, dan nazar dikatakan sebagai medan semantic minda manusia. Dengan izin Allah, buku ini dapat dimanfaatkan untuk mencipta perubahan dalam cara kita berfikir.

Kemudian, saya membeli buku “AL-WAFI, Syarah Hadis 4o, IMAM NAWAWI” yang ditulis oleh DR.Mustafa Al-Bugho dan Muhyiddin Misto. Buku ini telah diterjemahkan oleh Ahmad Khairi Al-Latifi dan Noraine Abu. Ini adalah buku pertama saya tentang hadis, dan kali pertama saya membacanya dengan buku saya sendiri. Alhamdulillah.


Dalam proses penghadaman buku2 ini, saya perlu bergilir2 membacanya setiap malam satu bab. Adakalanya, saya terpaksa skip membaca bila mana mata semakin berat, badan meminta-minta agar direhatkan, ditambah pula comforter yang melambai semakin hampir. InsyaAllah saya akan menulis semula apa yang saya faham daripada isi buku ini bab demi bab. Semoga para penziarah dan pembaca blog ini dapat sama2 mengambil manfaatnya. InsyaAllah.

No comments: