Sunday, August 31, 2008

Biografi Muhammad Bin Abdullah


Buku ini telah lama habis dibaca.. tapi, saya masih tercari-cari apa yang sepatutnya saya tuliskan untuk tatapan sahabat. Namun.. tiada kata terbaik yang mampu dilafazkan untuk menggambarkan peribadi dan perjalanan hidup Rasulullah, insan teragung..

Hakikatnya.. kelopak mata sudah tidak mampu menampung takungan airmata.. dan akhirnya tertumpah jua..

Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
setiap insan yg kebimbangan
Hakikatnya tak tertanggung lagi derita
Dipangkuan isterimu khumaira
Menunggu saat ketikanya
Diangkat rohmu bertemu yg Esa

Tangan dicelup dibejana air
Kau sapu dimuka, mengurangkan pedih
Beralun zikir, menutur kasih
pada umat dan akhirat

Dan tibalah waktu
Ajal bertamu penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan airmata syahdu iringi pemergianmu
Oh sukarnya utk umat menerima
Bahkan payah utk umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
bahawa manusia kan mati akhirnya

X terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta
Walaupn kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya

Ya rasulullah
Kau tinggalkan kami
Warisan yg abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya kami merinduimu

Bacalah kisah perjalanan hidup Rasulullah, kita renungi dan kita hayati..
kerana kita akan menyedari betapa kerdilnya kita, betapa manjanya kita dalam menongkah arus kehidupan yang tidak seberapa..

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat ku tatap wajahmu
Kan pasti mengalir airmataku
kerna pancaran ketenanganmu

Ya Rasulallah Ya Habiballah
Tak pernah ku tatp wajahmu
Ya Rasulallah Ya Habiballah
Kami rindu padamu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat ku dakap dirimu
Tiada kata dapat ku ucapkan
Hanya Tuhan saja yang tahu

ku tahu cintamu kepada umat
ummati.. ummati..
ku tahu bimbangnya kau tentang kami
syafaatkan kami..

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat ku kucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulallah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulallah Ya Habiballah
kurniakanlah syafaatmu

Semoga kita termasuk dalam golongan orang2 yang beriman dan bertaqwa supaya kita dapat bertemu Allah dan RasulNya di akhirat nanti. Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dan lebih bermakna berbanding sebelumnya. Ahlan Ya Ramadhan!

No comments: