Monday, July 21, 2008

Qardhawi Bicara Soal Wanita

Sebelum saya menjurus kepada pembacaan saya, elok kiranya saya memperkenalkan penulis buku ini yang merupakan ulama’ kontemporari zaman ini yang juga tokoh yang amat saya kagumi. Dr.Yusof Qardhawi lahir di Saft Turab, Mesir pada tahun 1926, sekarang tinggal di Doha, Qatar. Beliau merupakan tokoh pemikir gerakan Ikhwanul Muslimin dan ulama’ intelektual yang sangat dihormati, baik dikalangan Muslim mahupun non-Muslim. Pemikirannya yang relevan dengan keperluan modernity masyarakat islam, banyak memberikan inspirasi dan model perjuangan gerakan-gerakan islam di dunia islam.

Di bawah kemelut permasalahan wanita yang semakin kuat mencengkam, diikuti tekanan-tekanan hebat dari gerakan pembebas wanita, juga dihiasi dengan ‘fatwa-fatwa’ moden gerakan sis in islam, buku ini muncul bagi menjernihkan kembali suasana yang hampir keruh. Qardhawi Bicara Soal Wanita membidas kembali hujah2 yang dikemukakan oleh gerakan2 feminisme yang kononnya ajaran islam begitu menyekat kebebasan wanita, dan berlaku penindasan dalam beberapa hukum yang melibatkan wanita. Buku ini akan membicarakan tentang wanita sebagai manusia, wanita sebagai wanita, sebagai anak, sebagai isteri, sebagai ibu, dan sebagai anggota masyarakat.

Islam merupakan agama fitrah, agama yang syumul, sempurna dari segala aspek kehidupan, juga kehidupan yang melibatkan wanita dalam system kemasyarakatan. Wanita juga seperti lelaki, memiliki hati dan perasaan, untuk dihargai dan dihormati selayaknya. amalan yang dilakukan baik lelaki mahupun perempuan sama saja nilainya di sisi Allah. Allah swt berfirman:

“brgsiapa mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan, dalam keadaan beriman, sesungguhnya akan Kami berikan padanya kehidupan yang baikdan sesungguhnya akan Kami berikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan” (QS An-Nahl:97)

Manusia tidak akan sanggup hidup sendirian, kerana fitrah hidup manusia memerlukan teman. Oleh kerana itu, Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk Adam sebagai temannya di Syurga. Firman Allah swt:

“dan di antara tanda2 kekuasaannya ialah Dia mencitakan untukmu isteri2 dari jenismu sendiri agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikanNya di antaramu rasa kasih dan sayang” (QS Ar-Rum: 21).

Wanita adalah manusia pertama yang menerima dakwah Rasulullah saw, iaitu suara Khadijah binti Khuwailid, isteri Nabi saw. Tika wahyu pertama diturunkan, hatinya bergoncang, tubuhnya menggigil ketakutan, lantas wanita itu menggenggam tangannya, mententeramkan hatinya dan berkata dengan perkataan yang tulus dan bijak, “Demi Allah, Dia tidak akan pernah menghinakanmu selamanya. Engkau selalu menyambungkan silaturrahim, menanggung beban orang lain, mempekerjakan pengangguran, menghormati tamu, dan selalu menolong orang yang terkena musibah.”

Darah pertama yang mengalir sebagai syuhada dalam islam adalah wanita, bukan lelaki. Dialah Sumayyah, ibu Ammar ibn Yasir, isteri Yasir. Abu Jahal menusuk dada Sumayyah dengan tombak, lalu menyusul pula suaminya Yasir.

Dalam aturan bersaksi, Allah swt berfirman:

“dan persaksikanlah dengan dua orang saksi dari lelaki di antaramu. Jika tidak ada dua orang lelaki, boleh seorang lelaki dan dua orang wanita dari saksi2 yang engkau redhai supaya jika seorang lupa, seorang lagi mengingatkannya”. (QS Al-Baqarah: 282)

Allah mensyariatkan supaya dua orang lelaki menjadi saksi, kerana kadang2 keadaan wanita tidak membolehkan ia untuk hadir sebagai saksi. Dan jika tidak, Allah membolehkan dengan seorang lelaki dan dua orang wanita. Kenapa dua orang wanita, tidak seorang??.. Allah menjelaskan kemudian, jika seorang lupa, seorang lagi mengingatkannya. Kenapa wanita lupa??.. ini kerana urusan harta seperti itu bukan urusa yang dipentingkan oleh wanita. Wanita lebih disibukkan dengan benda2 di rumah, mengurus anak, mengemas, memasak, dan tidak melibatkan hal2 diluar rumah. Jika kes yang melibatkan pembunuhan, wanita kerapkali menutup mata kerana sifat penakutnya, tidak sanggup untuk melihat kes seperti itu. Jika kes melibatkan perzinaan, sikap pemalunya membataskan penglihatannya untuk melihat keadaan seperti itu. Maka, tidak hairanlah mengapa Allah mensyariatkan agar seorang lelaki dan dua orang wanita menjadi saksi.

Dalam hal pewarisan, Allah swt berfirman,

“Allah mensyariatkan bagimu tentang pembahagian pusaka untuk anak2mu, iaitu bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan (QS An-Nisa’: 11)

Kenapa wanita hanya memperolehi separuh dari bahagian lelaki? Bukankah ini tidak adil? Tidak! Ini sudah cukup adil bahkan wanita adakalanya memperoleh lebih dari itu. Cuba bayangkan lelaki mendapat RM14000. RM7000 diperuntukkan untuk hantaran, RM80 untuk mas kahwin, selebihnya untuk tempat tinggal, makan pakai isteri dan anak2. Manakala wanita mendapat RM7000, ditambah lagi dengan barangan hantaran RM7000, duit belanja bulanan dari si suami, makan dan pakaian yang diberikan sudah melebihi dari kecukupan seorang isteri. Dan hartanya nyata lebih dari lekaki. Bukankah ini adil?. Jika seseorang meninggal tanpa waris, dan tanpa ibubapa, hartanya dibahagikan 1/6 kepada saudara-saudara lelaki danperempuan seibu. Bagi kes seperti ini, nisbah yang diberikan adalah sama.

Dalam soal Diyat (denda), Allah swt berfirman:

“….brgsiapa membunuh seorang Mukmin kerana tersalah, hendaklah dia memerdekakan seorang hamba sahaya yang beriman dan membayar diyat yang disrerahkan kepada keluarganya (si terbunuh) kecuali jika mereka bersedekah” (QS An-Nisa’:92)

Ini bermakna, denda yang dikanakan ke atas lelaki dan wanita adalah sama, tiada perbezaan. Dalam sebuah hadis disebutkan, “untuk satu jiwa, 100 ekor unta”.
Saya teringat zaman persekolahan dulu, para ustaz dan ustazah, sahabat2 yang aktif berdakwah, mengatakan bahawa suara wanita adalah aurat, tidak boleh sama sekali berbicara dengan lelaki. Sehinggakan mesyuarat penting untuk tujuan kemaslahatan pelajar tidak dapat dibuat, dan masalah komunikasi ini menyebabkan kesan yang lebih besar. Hakikatnya, yang dilarang dari suara wanita adalah perkataan yang dapat merendahkan mertabatnya. Allah swt berfirman,

“…maka jgnlah kamu tunduk (melemahlembutkan suara) sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik” (QS Al-Ahzab:32)

Ada juga manusia yang mempersempit diri hingga melarang wanita ke masjid, padahal pada zaman Nabi, wanita2 melaksanakan solat 5 waktu ke masjid termasuk subuh dan isya’. Sedangkan pada zaman itu belum ada lampu2 yang menerangi jalan. Terdapat hadis yang diyakini kesahihannya dari Nabi saw, “janganlah kalian halangi hamba2 wanita Allah pergi ke masjid2 Allah.”

Pada zaman Jahiliyah Arab, mereka begitu risau dan takut akan kelahiran anak perempuan. Bagi mereka, kelahiran anak perempuan tidak hanya mengundang musibah, dan mempersempit rezeki. Dan mereka menganggap pertolongannya hanya tangisan, kebaikannya hanya curian. Kemudia, islam datang membawa sinar kepada anak2 perempuan supaya dapat hidup normal sebagai seorang manusia. Allah swt berfirman,
“…jgnlah kamu membunuh anak2 kamu kerana takut kemiskinan. Kami akan member rezeki kepada kamu dan kepada mereka” (QS Al-An’am: 151)

Demikianlah, islam datang membawa berbagai aturan, hukum, dan adab untuk mengangkat darjat wanita setelah diremehkan pada zaman jahiliyah agar mereka menjadi mulia dan terhormat di bawah panji2 islam.

Telah saya jelaskan sebahagian isi yang terkandung di dalam buku ini untuk kita sama2 meyakini bahawa segala hukum dan aturan yang Allah tetapkan untuk manusia, baik lelaki mahupun perempuan, semua ada hikmah yang peru dikaji dan diteliti. Kerana sesungguhnya Allah tidak menciptakan sesuatu itu dengan sia2. Dan segala yang termaktub di dalam Al-quran jelas sama sekali menolak hujah yang dibawa oleh gerakan feminism barat dan sis-in islam di Malaysia.

Tajuk Buku : Qardhawi Bicara Soal Wanita
Penulis : Dr.Yusuf Qardhawi

No comments: