Thursday, March 5, 2009

Ku sedar "sayangku"



"mungkin kita tersalah memilih eksperimen"

kata2 ini meluncur dari supervisor sy, yang amat saya kagumi.




Fuhh!




**********************************************************************************




6 hari kembara bersamamu..

menumbuhkan satu perasaan aneh dalam diriku

3 malam tanpa lena..

hanya untuk menghidupkanmu, membesarkanmu, dan menyihatkanmu.

Aku mulai sedar..

perasaan sayangku padamu semakin memuncak..

Tapi sayang, tumbesaranmu tidak lama..

Engkau semakin susut hari demi hari..



sehinggalah tiba hari ke-6...

engkau semakin nazak..

tiada apa mampu dilakukan..

walaupun makanan terus menerus diberikan..

tapi engkau tetap tak mampu meneruskan kehidupan..

Airmataku mengalir..

bukan kerana kecewa..

tapi kerana aku menyayangimu..

Aku melihat detik2 kematianmu sebelum waktunya..

Aku sedar..
Aku juga adalah hamba yang diciptakanNya..

Engkau juga hamba yang hidup dengan usahaku dan ketentuanNya..

dan aku tidak ada kekuatan tanpa pertolongan dariNya..




wahai yeast ku..

bantulah aku..

beri aku peluang untuk mengenalimu..

beri aku peluang untuk menyayangimu..

beri aku peluang untuk memahami dirimu, memahami pertumbuhanmu..

beri aku peluang untuk mambantumu menghasilkan HUFA..

beri aku peluang untuk membantumu berkhidmat dengan makhluk yang lain..


wahai yeastku..

aku akui..

aku tak mampu menghidupkanmu dalam tempoh yang lama

kerana kau juga tahu, itu bukan kuasa ku..

Dia Yang Maha Menghidupkan dan Maha Mematikan..



*********************************************************************************

Semasa menyelak2 helaian tafsir al-quran, tiba2 sy terjumpa satu nota yang pernah dilekatkan dulu. Nota itu tertulis..



"Allah menciptakan sesuatu dengan dua cara. pertama, penciptaan dengan sebab. Contohnya membajak sawah dan menyebar benih, maka tumbuhlah padi. Ini adalah penciptaan Allah yang melibatkan campurtangan manusia. Yang kedua, penciptaan tanpa sebab. Iaitu apa yang diciptakan oleh Allah secara langsung dengan kata Kun. penciptaan ini adalah lebih baik kerana murni daripada Allah. Kenapa? Kerana Allah mensifati rezeki dunia dengan kata cubaan, dan Allah mensifati rezeki akhirat dengan kata baik. Sebab itulah rezeki yang diterima langsung daripada Allah tanpa sebab lebih tinggi dan lebih mulia daripada rezeki yang diraih dengan sebab".


Nota ini dipetik daripada buku "pESAN MAHA KASIH DALAM KISAH", yang disadur daripada tafsir Sya'rawi.

Ia menyedarkan saya kembali.. bahawa setiap apa yang kita lakukan pasti ada cubaannya. Telah berkali2 Allah jelaskan di dalam Alquran, hanya kita saja yang sering lupa.


Boleh jadi kita menyukai sesuatu, padahal ia tidak baik untuk kita,

dan boleh jadi kita membenci sesuatu padahal ia baik untuk kita.


walaupun hati sedih.. kita perlu redha kerana mungkin Allah telah menentukan pilihan yang lebih baik untuk kita..


kita bukanlah tersalah membuat pilihan, tetapi Allah ingin kita belajar melalui pilihan tersebut untuk melalui pilihan2 lain yang lebih mencabar..




3 comments:

Cik Puan Mira said...

semoga terus tabah menghadapi yeast kamu itu..

all the best!

annie said...

salam liza, biasanya yeast liza akan grow berapa lama? kita ada dgr kalau yeast tak grow (atau grow tp pertumbuhan lain macam) mungkin ada contamination dgn bacteria. bacteria grow cepat compare to yeast,so diorang compete untuk dapatkan nutrient. sbb bact grow cepat, dia yg akan menang dalam perlawanan tu.

hihi...hanya memberi idea =)
lepas ni kite leh share ilmu,walaupun kajian kita berbeza =D

annie said...

apa yg liza maksudkan dgn yg satu lagi tu rhizopus?yg kita paham..yeast liza contem ngn rhizopus? betul? kalau rhizopus tu...fungus kan? kalau fungus lagi teruk dari bacteria,sbb fungus ada mycelia,takpun spore sblm jadi mycelia.spore tu agak susah untuk dibuang...even kite dah autoclave.kte pn pnah kene gak,tapi belum start ferment lagi,masa prepare media.media yg kite dah prepare bile kite simpan dalam chiller ada cam suspension/keladak kat dasar botol,kita pk2 balik kite dah autoclave botol tu sblm wat media.kita tanya kawan,dia kata mgkn contem ngn spore fungus..dia cakap spore mmg tak mati kalau kita autoclave, so kita sental habis-habisan..then wat media balik.kalau fungus mmg grow die seminggu,dua minggu atau 4-5 hari gitu...

Liza!...\(^o^)/..jgn malas2...kalau nak malas2 jgk,bagi tempoh.ok, liza nak malas berapa hari,liza bermalas-malasnlah sehabis mungkin selama hari tu.pastu...pasang niat baru,Okey?!
caiyo'! caiyo'! liza =)